• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembentangan RUU 355 Hasil Perpaduan UMNO Dan PAS

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 di Dewan Rakyat pada April lepas adalah hasil kesepakatan dan perpaduan antara UMNO dan PAS, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin.

Beliau berkata walaupun RUU tersebut dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia tidak bermakna anggota PAS boleh mendakwa kejayaan itu hanya atas usaha parti itu sahaja.

“Tanpa ada sokongan yang padu dari pemimpin UMNO tidak mungkin PAS boleh membawanya (RUU 355) ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendekatan Wasatiyyah Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas saranan kalangan pemimpin PAS melalui RUU 355 itu di Parlimen.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perpaduan merupakan perkara utama bagi sesebuah negara kerana tanpanya ia boleh mengancam keselamatan.

Katanya pembentangan RUU 355 itu hanya bagi memperkasakan mahkamah syariah yang sedia ada dan hanya melibatkan orang Islam.

“Masa saya jadi menteri dulu saya telah membentangkan empat rang undang-undang antaranya pentadbiran keluarga Islam, hanya yang berkaitan dengan jenayah dalam keluarga Islam saja yang tidak sempat saya bawa ke Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASRUU 355Tan Sri Abdullah Md ZinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd