• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Pendidikan Tak Kira Bangsa Dan Agama

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bidang pendidikan di negara ini merupakan perkara penting yang perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau berkata dalam konteks pendidikan, ia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan soal bangsa atau kedudukan geografi seseorang individu itu.

“Kita hendaklah meletakkan seluruh tenaga dan daya usaha untuk memberi fokus jika individu, keluarga atau institusi kemasyarakatan mahu berada di tahap yang lebih tinggi, kaedah yang terbaik untuk mempertingkatkan status sosial adalah melalui bidang pendidikan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian pada majlis penyampaian 50 biasiswa penuh kepada golongan belia Bagan Datuk yang disumbangkan oleh Universiti Lim Kok Wing.

Sejumlah RM80,000 biasiswa diberi kepada pelajar yang terpilih mengikuti program yang ditawarkan oleh universiti itu di peringkat sijil kemahiran, diploma dan ijazah sarjana muda.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Lim Kok Wing, selaku pengasas universiti itu, berikutan pemilihan pelajar Bagan Datuk untuk diberi peluang mendapat biasiswa penuh.

“Peluang sebegini harus digunakan sepenuhnya oleh pelajar Melayu, Cina dan India dari Bagan Datuk untuk memasuki universiti ini,” katanya.

Beliau turut menyeru pemimpin masyarakat pelbagai kaum, termasuk badan bukan kerajaan, supaya mengetepikan perbezaan politik demi mempertingkatkan status sosial dalam bidang pendidikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd