ENAM puluh tahun merdeka, bukan macam 60 puluh langkah berjalan merayau-rayau sekitar ibu kota. Enam puluh tahun, satu sejarah yang panjang. Sejarah kalau tidak dijenguk, ia akan bersawang.
Kemerdekaan tidak bermakna jika tidak diisi dengan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. Antaranya, kualiti servis kesihatan.
Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi.
Pada akhir abad 19, Perak mempunyai 15 hospital. Pembinaan itu seiring dengan ledakan industri perlombongan di Perak. Maka, hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan.

Hospital Lady Templer di Kuala Lumpur yang dibina pada 1952, menjadi hospital yang pertama di Malaysia yang memberi rawatan jantung dan batuk kering.
Hospital Assunta pula, menjadi hospital swasta terulung yang dibina melalui hasil sumbangan orang ramai, memberi khidmat pada tahun 1954.

Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang (kini dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur.
Manifesto kesihatan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan. Sejak sedekad lalu sebanyak RM187.1 bilion peruntukkan bagi memastikan kualiti infrastruktur perkhidmatan kesihatan terus terjaga.
Menurut data dari Kementerian Kesihatan, hingga kini terdapat 139 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Prasarana kesihatan diperkasakan lagi dengan 2,839 klinik kesihatan serta 667 klinik gigi. Dibawah program 1Malaysia, 196 klinik turut dibina.
Antara info menarik ialah kewujudan tiga Hospital Berteknologi Tinggi.
HOSPITAL SELAYANG
Pesakit kini boleh mendapat manfaat daripada teknologi tercanggih di Malaysia menggabungkan kaedah angiografi dan CT Scan menggunakan mesin Angio-CT Hibrid.
Penggunaan sistem hibrid ini membolehkan pesakit diimbas serta merta selepas prosedur untuk menilai keberkesanan rawatan dan menyediakan baseline untuk imbasan susulan seterusnya.
HOSPITAL PANTAI KUALA LUMPUR
Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1974 dalam kawasan kediaman di Bangsar. Ia merupakan hospital swasta kedua di Malaysia yang dianugerahkan Akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) untuk penggal kedua berturut-turut.
Dilengkapi dengan 331 katil dan sepasukan 200 perunding perubatan yang berkelayakan, pusat perubatan ini terkenal dengan perubatan kanser, jantung, tangan dan pembedahan mikro dan tulang belakang.
INSTITUT JANTUNG NEGARA
Institut ini juga dilengkapi dengan kemajuan teknologi terkini yang disokong oleh pasukan perunding jantung yang berkelayakan. IJN juga mempunyai Pusat Pesakit Antarabangsa (IPC). IPC ini antara pusat yang menguruskan visa dan urusan imigresen, penyelarasan perubatan seperti penjadualan pelantikan dan rujukan dan bantuan dengan kemasukan ke hospital dan pelepasan.
HOSPITAL KUALA LUMPUR

Transisi indah Hospital Kuala Lumpur bermula pada 1820 hanya sebagai hospital daerah dengan hanya ada tiga katil, kini mencatatkan banyak kejayaan yang luar biasa dalam dunia perubatan antaranya, pembedahan plastik pertama pada 1970, penubuhan bank tulang pertama di Malaysia pada 1993 dan sehingga hari ini, 14 pasangan kembar siam berjaya dipisahkan oleh kepakaran Hospital Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC
#laskarmalaya

