• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat membimbangkan.

Presidennya, Datuk Dr. Thirunavukarasu Rajoo berkata, MMA menggesa waktu bekerja yang lebih berperikemanusiaan untuk pegawai perubatan di negara ini kerana ia turut melibatkan aspek keselamatan.

“Ini bukan sekadar isu kebajikan. Pegawai perubatan siswazah berada di hospital kita untuk menjalani latihan sebagai doktor yang cekap, kompeten dan selamat.

“Apabila mereka keletihan, keupayaan mereka untuk belajar akan terjejas. Pada masa yang sama keselamatan pesakit juga boleh terancam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Thirunavukarasu berkata, had maksimum waktu bekerja antara 60 hingga 62 jam seminggu bagi pegawai perubatan mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

Menurutnya, para pengarah hospital perlu dipertanggungjawabkan bagi memastikan pelaksanaan had waktu bekerja tersebut dipatuhi di semua fasiliti kesihatan.

MMA turut mengingatkan hak cuti pegawai perubatan siswazah perlu dihormati termasuk cuti tahunan dan cuti sakit yang termaktub di bawah peraturan sedia ada.

Katanya, hak tersebut bukan satu keistimewaan dan tidak boleh dinafikan atau digantikan dengan kaedah lain.

Dalam masa sama, katanya, MMA mengakui minggu bekerja selama 60 jam masih merupakan beban berat kepada petugas kesihatan.

Beliau menegaskan pendirian MMA kekal konsisten agar Malaysia bergerak ke arah had maksimum 48 jam seminggu, sebelum dikurangkan kepada 45 jam.

Terdahulu, beliau berkata MMA mengalu-alukan peringatan Ketua Pengarah Kesihatan berhubung pelaksanaan sistem waktu bekerja fleksibel bagi pegawai perubatan siswazah.

“Arahan ini bukan sesuatu yang baharu. Hakikat ia perlu ditekankan semula memberi gambaran jelas bahawa pelaksanaannya masih belum dipatuhi secara konsisten di peringkat lapangan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: bekerja 85 jam semingguDatuk Dr. Thirunavukarasu RajoohospitalMMApegawai perubatan siswazahpersatuan perubatan malaysia
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

Hampir Dua Bulan Ulang-Alik Hospital, Muss Barbarik Setia Di Sisi Isteri

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Hampir dua bulan menjalani rutin berulang-alik ke hospital, vokalis kumpulan Barbarik yang juga bekas anggota kumpulan rock...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd