• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menanti Anak Yang Ke-20 Dan Terakhir

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pasangan suami isteri, Noel dan Sue Radford, kini menanti kelahiran anak mereka yang ke-20 dan mengambil keputusan, anak yang akan dilahirkan September depan itu adalah yang terakhir.

Sue, 42 berkata, keputusan diambil kerana usianya yang semakin meningkat.

“Saya dapat merasakan keletihan ketika melahirkan dua anak terakhir sebelum ini. Selepas berbincang dengan Noel, kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat 20,” katanya.

Selain itu, Sue yang melahirkan anak pertamanya ketika berusia 14 tahun 28 tahun lalu berkata, dia dan suaminya juga sudah buntu untuk memikirkan nama bagi anak mereka.

Sepanjang kehidupan mereka, pasangan itu yang menetap di Kendal, Cumbria membesarkan sendiri semua anak mereka.

Noel berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana tidak mahu anaknya menjalani kehidupan yang sama yang dia dan Sue lalui  dibesarkan oleh keluarga angkat.

Sue berkata, jarak anak sulung dan anak keduanya ialah empat tahun, tetapi dia menghabiskan hampir 30 tahun lalu dengan mengandung atau menyusukan anak.

Untuk anak ke-20nya, Sue berkata, dia dapat mengagak ia lelaki kerana sejak mula mengandung, dia gemar memakan coklat.

“Itu tabiat saya jika saya hamil anak lelaki. Jika anak perempuan, saya suka makan benda masin atau pedas,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: anakSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd