• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Australia Kongsi Maklumat Risikan Pendatang

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Malaysia dan Australia akan berkongsi maklumat risikan bagi menangani isu berkaitan pendatang asing melibatkan kepentingan kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata maklumat risikan itu bagi membolehkan tindakan susulan dilaksanakan berikutan isu itu melibatkan kepentingan bersama antara kedua buah negara.

“Kita akan berkongsi maklumat perisikan sebelum keberadaan mereka menjadi pendatang tanpa izin (di Australia) yang menggunakan Malaysia sebagai transit. Maklumat ini penting meliputi tindakan susulan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull di Bangunan Parlimen, di sini.

Di bangunan Parlimen itu, Ahmad Zahid turut menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce, selain menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Dutton; Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan dan Menteri Luar, Julie Bishop.

Ahmad Zahid berkata Australia melahirkan kebimbangan berikutan pendatang asing menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum memasuki negara berkenaan.

“Perkara kedua yang dicapai hari ini ialah kita mahu capai tindakan tangani masalah ini dari negara sumber permasalahan itu, kita tidak mahu negara berkenaan bertindak lepas tangan (dalam menangani isu itu),” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata perkara ketiga yang dipersetujui menerusi pertemuannya dengan para pemimpin Australia itu hari ini ialah cadangan untuk mengadakan persidangan antarabangsa berkaitan pendatang asing dalam usaha menyelesaikan isu itu di peringkat antarangsa.

“UK (United Kingdom) sebelum ini mencadangkan persidangan itu diiadakan supaya negara-negara terlibat (turut serta) dan menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata Malaysia dan Australia bersetuju dan menyokong supaya persidangan itu diadakan di UK dalam mencari usaha penyelesaian lebih konkrit terhadap isu berkenaan.

Mengenai pertemuannya dengan perdana menteri Australia, Ahmad Zahid berkata Turnbull turut membincangkan mengenai usaha deradikalisasi warga asing, membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Beliau (Turnbull) turut berhasrat berkongsi dasar yang dilaksanakan Malaysia, kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama tiga hari bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia dengan menumpukan kepada soal keselamatan, membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Pada tengah hari tadi, beliau turut mengadakan pertemuan dan beramah mesra bersama pelajar Malaysia di Canberra.

Pada Selasa (esok), Ahmad Zahid akan berlepas ke Sydney untuk bertemu Gabenor New South Wales, David Hurley.

Beliau juga akan melawat Kolej Pasukan Sempadan Australia diikuti dengan majlis makan malam bersama penuntut Malaysia sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipendatang asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd