• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lutut Zlatan ‘Dikehendaki’ Untuk Tujuan Kajian

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKUATAN ‘luar biasa’ lutut penyerang Machester United, Zlatan Ibrahimovic menyebabkan bahagian kakinya itu dimahukan oleh penyelidik bagi tujuan kajian perubatan, lapor Independent.uk.

Penjaring terbanyak United itu baru-baru ini mengalami kecederaan ketika menentang Anderlecht dalam suku akhir Liga Europa, menyebabkan beliau akan menjalani pembedahan di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada awal minggu ini.

Lutut Zlatan 'Dikehendaki' Untuk Tujuan Kajian

Bagaimanapun, pakar bedah di Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh (UPMC), Dr. Freddie Fu dan Dr. Musahl begitu terkejut dengan kekuatan dan kondisi lutut penyerang berusia 35 tahun itu yang dikatakan sangat berbeza dengan norma manusia biasa.

Menurut ejen Mino Raiola, lutut Ibrahimovic sangat luar biasa sehinggakan kedua-dua pakar perubatan UPMC mengatakan mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.

“Dia mempunyai lutut yang agak mustahil dimiliki oleh pemain bola sepak dengan karier sepanjang 20 tahun. Ia sangat bersih dan tiada sebarang kerosakan padanya,” kata Raiola sebagaimana laporan Expressen.

Tambahnya, disebabkan penemuan luar biasa itu juga, para doktor mengharapkan pemain berusia 35 tahun itu kembali kepada mereka selepas karier bola sepaknya tamat dan dijangkakan, Ibrahimovic akan menamatkan kontrak bersama United pada hujung musim ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakManchester United
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Parkir Ikut Suka Kerana Nak Solat

Next Post

CEO, Isteri Bebas Reman Dengan Jaminan

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Next Post

CEO, Isteri Bebas Reman Dengan Jaminan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd