• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Parkir Ikut Suka Kerana Nak Solat

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Jangan parkir ikut suka kerana hendak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan raya lain, demikian nasihat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau juga menasihatkan umat Islam agar mengamalkan sikap toleransi dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berhubung kes pergaduhan di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari itu, dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu.

Kerana kesukaran itu, pemandu berkenaan telah membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Berikutan itu, sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid dilaporkan merusuh dan memukul pemandu serta merosakkan kenderaannya.

Mohamad Adzib berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan kejadian itu sebagai alasan untuk mewujudkan sifat benci dalam kalangan masyarakat yang berbeza fahaman agama.

“Kenapa sebagai umat Islam kita tidak boleh bertolak ansur dan tanam sikap toleransi dalam diri,” kata beliau.

Kejadian itu kemudian menjadi tular di laman sosial. – BERNAMA

Tags: Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd