• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Pasar Raya Di Pattani, 30 Dikhuatiri Cedera

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang di wilayah Pattani, selatan Thailand, kira-kira pukul 2 petang ini waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan awal daripada pihak keselamatan, satu daripada bom buatan sendiri meletup di dalam pasar raya yang penuh dengan pelanggan ketika kejadian, manakala satu lagi bom yang disembunyikan dalam sebuah kereta diletupkan di tempat letak kereta.

“Ramai yang cedera tetapi tiada yang terkorban dalam kejadian itu,” kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Kol Pramote Prom-in yang mengesahkan insiden tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan yang lain telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang telahpun ditutup untuk membolehkan siasatan dilakukan.

Pasukan penyelamat tempatan juga dikejarkan ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan itu yang merupakan pengeboman terbaharu di wilayah bergolak tersebut. – BERNAMA

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd