• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepelbagaian Latar Belakang Harus Diraikan – TPM

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kepelbagaian agama, budaya, bangsa dan latar belakang pelbagai kaum di Malaysia harus diraikan dan menjadi pemangkin kepada perpaduan di negara ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun perbezaan pendapat sering berlaku dalam masyarakat namun ia mampu dibentuk untuk mencipta suasana politik yang baik bagi membina keamanan dan kesejahteraan untuk semua masyarakat.

“Kita lihat, walaupun kita berbeda pendapat tetapi kita duduk dalam keadaan yang harmoni (dan) di dalam suasana itulah kita harus terjemahkan dalam bentuk-bentuk yang lain,” katanya

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ekspresi Negaraku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini, hari ini.

Turut hadir bersama lebih 10,000 orang yang menghadiri program itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid seterusnya berkata atas sikap kebersamaan yang telah dijalin sejak sekian lama, penduduk Malaysia telah bersama-sama bersatu-padu dalam menentang pelbagai anasir-anasir luar yang cuba merosakkan negara.

Beliau berkata sebagai contoh, pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh penceroboh dari negara jiran berjaya dipatahkan hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Ahmad Zahid, pihak keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti keganasan yang cuba dilakukan di negara ini oleh pihak asing.

Katanya ancaman dalam negara terutama membabitkan penyalahgunaan dadah perlu diambil perhatian oleh masyarakat bagi membina generasi masa depan yang cemerlang.

Berikutan itu katanya proses pemulihan yang dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menggunakan pendekatan agama sebagai langkah tambahan kepada program pemulihan sedia ada.

Kesatuan pemikiran, amal dan hati nurani di kalangan masyakarat akan menterjemahkan semangat nasionalisme dan cintakan negara yang tebal, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd