• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecohan Dialog TN50: Polis Buka Kertas Siasatan

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata setakat ini dua laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan satu daripadanya dibuat oleh orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur.

Manakala satu lagi laporan dibuat sendiri oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

“Pada 1 tengah hari, barulah ada satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Rosly berkata pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat sebelum memanggil individu yang terlibat dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Rosly berkata siasatan tetap dibuat walaupun dua individu yang terlibat dalam kekecohan itu telah berdamai dan tidak membuat laporan polis.

Kekecohan kecilberlaku pada sesi dialog TN50 Perdana Menteri bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem Datuk David Teo.

Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara telus.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd