• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa berkata TN50 yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaksanakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin membuka ruang besar untuk anak muda menyuarakan pandangan terus kepada pucuk pimpinan negara.

“Anak muda sebelum ini tercari-cari ruang yang sesuai untuk menyuarakan hasrat serta isi hati mereka sehingga ada ketikanya mereka bertindak secara tidak rasional. ​​​​​​

“Agenda TN50 ‘membuka mata golongan berkenaan termasuk mahasiswa di samping mereka yang sebelum ini cuba menjadi ‘hero jalanan’,“ kata Zambri dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa TN50 turut menyedarkan anak muda negara ini betapa pentingnya mereka saling bersatu dan menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Ini kerana dalam tempoh 30 tahun akan datang merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang disuarakan pada hari ini,” tambahnya.

DASAR LUAR BIASA

Mengulas lanjut Zambri berkata TN50 yang juga diibarat ‘dasar luar biasa’ ekoran keterbukaan untuk menerima segala pandangan dari akar umbi seterusnya dibawa ke atas dilihat mampu memberi kelebihan daripada aspek sokongan anak muda kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tambah beliau, selain kejayaan TN50, manifesto golongan muda bersempena PRU14 turut bertepatan dalam memenuhi keperluan kelompok itu melalui beberapa tawaran yang diberikan.

“Antaranya isu peluang pekerjaan, mengatasi kos sara hidup, meningkatkan rumah mampu milik yang benar-benar bertepatan dengan keperluan anak muda. Tawaran lain yang terkandung dalam manifesto itu juga adalah realistik termasuk menyediakan bantuan bagi mengurangkan beban kewangan untuk berkahwin.

“Kita juga melihat manifesto yang dibentangkan pada PRU13, majoritinya berjaya dilaksanakan. Ini menunjukkan BN berupaya merealisasikan tawaran manifestonya dan tidak sekadar memberi janji kosong,” katanya.

Khairy yang melancarkan manifesto golongan muda yang juga disebut sebagai ‘Jaminan Orang Muda’ dilancarkan pada 10 April lepas menggariskan lapan jaminan untuk memperhebat orang muda dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia melibatkan peluang pekerjaan dan latihan, meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda.

Pemuda BN turut berjanji untuk menyediakan kehidupan berkualiti, memastikan peluang untuk segenap segmen, mengangkat idea generasi TN50 serta jaminan peluang pekerjaan dan latihan.

Setiap warga muda akan dibantu untuk mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas berdaftar dengan sistem Tawaran Orang Muda.

Inisiatif lain termasuk memperluas ekonomi digital di desa, menyediakan bantuan perkahwinan bagi mengurangkan beban kewangan untuk berkahwin serta meningkatkan jumlah unit rumah mampu milik, rumah mampu sewa dan rumah transit.

“Anak muda perlu menyatakan sokongan kepada BN kerana ini adalah parti yang mendengar hasrat dan denyut nadi mereka. Sepanjang enam dekad menerajui negara dan diberi mandat oleh rakyat, pelbagai inisiatif dilakukan bukan sahaja untuk manfaat orang muda bahkan seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

BIJAK MENILAI

Sementara itu, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah ketika mengulas mengenai tindakan segelintir anak muda yang sebelum ini memilih saluran tidak sepatutnya dalam menyatakan pandangan mereka berkata perkara itu sudah berlalu dan hanya bersifat sementara.

Menurut beliau, anak muda hari ini semakin bijak menilai melalui ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka termasuk soal memilih pemimpin.

“Dahulu saya lihat perkara ini (menentang kerajaan) serius, mahasiswa terlampau terpengaruh dan terikut-ikut sampai terlibat dalam insiden dan demonstrasi tertentu. Melalui penglibatan dengan mahasiswa sendiri, saya bersyukur, rata-ratanya ada kesedaran.

“Mahasiswa orang muda, darah panas dan kritikal tetapi mereka masih boleh berfikir dan kita sebagai orang yang lebih berumur perlu memain peranan dalam memberikan fakta dan maklumat yang sahih. Alhamdulillah saya lihat banyak perubahan, jika dulu ramai yang menentang tapi kali ini saya percaya ramai yang akan membantu, kalau segelintir kecil menentang, itu biasa dalam politik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Minda pada masa sama berkata tindakan segelintir pihak yang gemar melontarkan fitnah dan tuduhan namun gagal mengemukakan bukti membuatkan anak muda semakin rasional dalam tindakan mereka.

“Dahulu macam-macam tuduhan, contohnya ada yang kata (mahasiswa) kebulur tak makan, sekarang tiada lagi. Sekarang pun pihak itu cuba main isu lama tetapi kita tidak perlu layan kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu isu, mereka sendiri tiada bukti.

“Apabila saya ‘turun padang’ saya akan ambil peluang menjelaskan isu-isu tertentu. Mahasiswa walaupun mereka ada kalanya kritikal, mereka boleh dibentuk jika kita pimpin dengan cara yang betul dan beri peluang kepada mereka untuk bersuara,” jelasnya yang turut merujuk kepada agenda TN50.

AGENDA PENDIDIKAN

Turut berkongsi pandangan mengenai TN50 ialah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, 22.

Menurut beliau, selain mendengar ‘suara’ anak muda, isu pendidikan tidak terkecuali diberi keutamaan bagi memastikan golongan muda khususnya mahasiswa mendapat yang terbaik.

Pemberian seperti baucar buku yang kemudiannya digantikan dengan kad debit siswa serta beberapa inisiatif lain seperti biasiswa, skim tertentu dan pinjaman pendidikan banyak membantu lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Tambah beliau, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) pada 2012 yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik di luar kampus membuktikan keterbukaan BN ekoran tiada lagi sekatan untuk mahasiswa berpolitik.

“Kita wajar menghargai segala jasa dan kebebasan yang diberikan. Sebagai pemimpin masa depan mahasiswa juga perlu tahu asas penubuhan dan perjuangan sesebuah parti selain jelas mengenai matlamat dan prinsipnya.

“Dengan apa yang telah kita kecapi dan nikmati hari ini, mahasiswa perlu menghargainya dan tidak mensia-siakan peluang yang ada kerana tindakan kita hari inilah yang akan menentukan masa hadapan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: TN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rais Berdepan Tindakan Jika Naik Pentas Pembangkang

Next Post

Kempen PRU14 BN Labuan Lancar – Rozman

Related Posts

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

Bakat Sangat Diperlukan Untuk Mencapai TN50

30/03/2018
0

KOTA KINABALU - Bakat seseorang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan dan mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata...

Next Post

Kempen PRU14 BN Labuan Lancar - Rozman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd