• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dilaksanakan bermula tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dasar yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja itu kini dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

“Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai dasar sistematik yang amat baik ini yang bermatlamat melahirkan bukan hanya penghafaz al-Quran tetapi mereka yang menguasai pelbagai disiplin ilmu,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Gagasan Peradaban al-Quran di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Azizan Baharuddin.

Asyraf Wajdi berkata usaha kerajaan tersebut adalah sejajar dengan prinsip al-Quran yang menuntut tamadun sesebuah negara terbangun melalui masyarakat yang dekat dengan kitab suci itu.

“Hasrat murni ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana buat masa sekarang negara memiliki kira-kira 43,000 pelajar tahfiz di seluruh negara meliputi institusi di bawah jabatan pendidikan, Majlis Amanah Rakyat mahupun sekolah tahfiz yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri akan memastikan golongan hafaz al-Quran itu akhirnya akan memberi sumbangan secara proaktif dan konstruktif kepada masyarakat dan negara.

Katanya satu kerjasama akan diadakan dengan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan pusat latihan guru tahfiz sebagai tenaga pengajar di institusi yang terlibat.

Sementara itu Azizan berkata seminar berkenaan adalah program jelajah IKIM yang kelima bertujuan mengangkat kepentingan dan manfaat al-Quran dalam semua aspek kehidupan sejagat.

Beliau berkata program tersebut akan terus diperkasa dari semasa ke semasa dan akan dijadikan antara ‘signature‘ IKIM.

Seminar anjuran IKIM dengan kerjasama Pergerakan Puteri Islam Malaysia Cawangan Kelantan itu membincangkan lima kertas kerja iaitu ‘Ijaz al-Quran dari Sudut Sains dan Kepentingan Tadabbur’, ‘Bagaimana al-Quran Membangunkan Generasi Beradab’, ‘al-Quran dan aqal’, ‘Kehidupan dan Kematian Menurut al-Quran’, dan ‘Suri Tauladan Wanita al-Quran’. – BERNAMA

Tags: Pelajar TahfizTN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjara Beri Peluang Kepada Pesalah Muda Baiki Diri

Next Post

Agong: Pegawai Muda Proaktif Rancang Masa Depan ATM

Related Posts

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

18/04/2023
0

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara,...

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

12/08/2022
0

SHAH ALAM - Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Agong: Pegawai Muda Proaktif Rancang Masa Depan ATM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd