Saturday, September 14, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Tekad Muncul...

PUTRAJAYA - Skuad Harimau Malaya tekad untuk muncul juara Piala AFF Suzuki 2018,...

Penjawat Awam Ditahan Berjudi

 DUNGUN - Penjawat awam dan warga emas berusia 70 tahun antara yang ditahan...

Kertas Putih Pertahanan Panduan...

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan terus menjadi panduan utama Kementerian Pertahanan...

Polis Perak Bantu Kesan...

IPOH: Polis Perak mengadakan 54 sekatan jalan raya (SJR) menerusi Op Tutup bagi...

Jelas Mahathir Yang Mudah Lupa!

KUALA LUMPUR – “Melayu tidak mudah lupa, tetapi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selalu lupa,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau memberi contoh Mahathir terlupa kerana sanggup menandatangi petisyen pembebasan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bersengkongkol dengan pakatan pembangkang yang diketuai DAP.

Menurutnya, Mahathir juga terlupa beliau bukan saja telah menyokong jenayah yang dilakukan bekas ketua pembangkang itu, malah turut terlupa untuk menghormati sistem perundangan negara.

“Jelas beberapa tindak-tanduk Mahathir dewasa ini bukan saja banyak melakukan U-Turn, tetapi membuktikan yang beliau mudah lupa dengan apa diungkapnya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir dipenghujung kariernya sebagai Perdana Menteri Malaysia pernah meluahkan rasa kecewanya keatas kaum Melayu dengan mendakwa kononnya Melayu mudah lupa berikutan penentangan kuat penyokong Anwar keatasnya waktu itu.

Mahathir antara individu didakwa bertanggungjawab memecat dan memenjarakan Anwar kerana terlibat dalam aktiviti homoseksual pada tahun 90an sebelum Anwar dihukum penjara sekali lagi kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya beberapa tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu kini mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama anaknya dan orang kepercayaannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berpaling tadah daripada UMNO.


Mahathir menubuhkan parti baharu untuk menjalin kerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) gara-gara berdendam dengan UMNO kerana beberapa kepentingan peribadinya dalam bidang perniagaan dan politik tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan.

Sohaimi dalam pada itu mencabar Mahathir mengemukakan calon Perdana Menteri pilihan PPBM kerana Mahathir dilihat kurang gembira dengan pengumuman PKR semalam bahawa Anwar calon Perdana Menteri jika UMNO/Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.

“Mahathir tidak mengangkat kertas “Anwar PM ke-7” bagaikan memberi isyarat beliau tidak menyokong Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai calon PM andainya pakatan menguasai Putrajaya.

“Tindakan itu membuktikan ketidaksefahaman dalam Pakatan Harapan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori