• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cederakan Sohaimi Diperintah Jalani Pemeriksaan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahadan pada minggu lepas.

Muhamad Ikhwan Khairi, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rihaida Rafie. Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan pengakuannya itu.

Hakim Rihaida turut membenarkan permohonan peguam bela tertuduh, Mohd Hazrin Alif Wahab supaya tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Ikhwan Khairi didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Sohaimi, 48, di bahagian belakang kepalanya menggunakan sebilah pisau, sehingga menyebabkan putus satu saraf oksipital.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Desa Mocis 3, Sungai Pelong dekat sini, kira-kira 8.45 malam pada 27 Okt lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini, Muhamad Ikhwan Khairi juga mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan ke atas biras Sohaimi, Mohd Zulkifli Zainal, 38, di bahagian kepala sehingga pipi kirinya menggunakan sebilah pisau, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Seperti di Mahkamah Sesyen, Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin juga tidak merekodkan pengakuan tertuduh dan memerintahkan lelaki itu dihantar menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 5 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri dan Amira Haziqah Zulkifli.

Media sebelum ini melaporkan Sohaimi dan Mohd Zulkifli cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.

Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena seorang daripada anggota keluarganya.

Sohaimi kini menerima rawatan di Hospital KPJ di Damansara. – BERNAMA

Tags: Datuk Sohaimi Shahadanorang gila
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Mahu USD1 Bilion Dan ‘Wanita Paling Cantik’ Untuk Jadi Bini Saya

Saya Mahu USD1 Bilion Dan ‘Wanita Paling Cantik’ Untuk Jadi Bini Saya

12/04/2026
0

KAMPALA – Ketua Angkatan Pertahanan Uganda, Muhoozi Kainerugaba, mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila didakwa membuat tuntutan luar biasa terhadap Turkey, termasuk...

Lelaki Kurang Siuman Rempuh Balai Polis

21/04/2018
0

SITIAWAN - Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang kurang siuman selepas lelaki itu yang memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd