• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mahu Tunjuk Siapa Lebih Besar!

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan kembali darjah kebesaran kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertujuan membuktikan kepada rakyat bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi berbanding raja-raja Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Sohaimi Shahadan berkata, sikap yang ditunjukkan Mahathir itu juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau kini sealiran dengan prinsip perjuangan DAP yang tidak menjunjung tinggi kedudukan raja-raja Melayu.

Justeru, katanya, beliau yakin Mahathir sebenarnya telah berjaya ‘ditarbiyahkan’ oleh DAP untuk mengikut telunjuk mereka sejak menyertai Pakatan Harapan seperti yang dilakukan pembangkang keatas Datuk Zaid Ibrahim yang kini mengherdik raja-raja Melayu.

“Jika itu sikap pemimpin Pakatan Harapan, maka rakyat (khusunya kaum Melayu) perlu membuka mata dan menilai apakah pembangkang boleh menjadi pertaruhan dalam mempertahankan institusi diraja dan agama Islam andai mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Sohaimi berkata, sememangnya layak Mahathir memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya kerana keceluparan beliau.

Bagaimanapun, katanya, lebih daripara itu, ia adalah manifestasi kepada kebiadapan Pengerusi Pakatan Harapan yang tidak langsung menghormati institusi kesultanan di negara ini.

“Tidak jatuh maruah seseorang itu jika memohon maaf terhadap kesilapan yang dilakukanya. Malah, berjiwa besar kerana mengakui kesilapannya. Tetapi semua itu tiada pada Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, pendirian Pakatan Harapan terhadap kedudukan raja-raja Melayu berbeza dengan UMNO yang dikemudi Datuk Seri Najib Tun Razak yang melafazkan sumpah setia untuk mengangkat dan mempertahankan bangsa Melayu, institusi Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“UMNO akan sentiasa menjadi benteng kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Media pembangkang hari ini dengan bangga melaporkan Mahathir memulangkan semula darjah kebesaran kepada Sultan Selangor selepas Sultan Sharafuddin menegur tindakan Mahathir cuba memecahbelahkan masyarakat demi kepentingan politik pembangkang.

Mahathir sejak meninggalkan UMNO dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut kaum Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung untuk menyokong pembangkang terutama parti DAP dalam PRU14 akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Sohaimi ShahadanTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd