• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Sepi Nasib Rakyat Yaman – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika isu-isu berkaitan Syria, Palestin dan Myanmar terus mendapat perhatian dunia, krisis yang melanda Yaman tidak harus dilupakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata konflik berdarah di Yaman, yang bermula pada 2014, telah meragut dan mencederakan berpuluh-puluh ribu orang dan menyebabkan kemusnahan di negara itu.

Memetik laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ahmad Zahid berkata sehingga 3.5 juta daripada lebih 27 juta rakyat Yaman menjadi pelarian di tanah air sendiri sementara tujuh juta termasuk dua juta wanita dan kanak-kanak berada di ambang kebuluran.

Ketika berucap pada “Malam Amal Yaman” anjuran Agensi Bantuan Malaysia (MRA) di sini malam ini, beliau memuji organisasi itu kerana menghantar bantuan kemanusiaan ke negara tersebut sejak 2015.

“Bantuan meliputi bekalan perubatan, makanan, pakaian dan selimut serta air minum bernilai RM600,000 telah berjaya dihantar kepada mangsa,” kata beliau. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Ahmad Zahid berkata MRA juga telah menghantar pasukan bantuan yang tiba di Yaman pada 10 April dalam misi bantuan yang berterusan ke negara itu.

“Saya percaya bahawa organisasi bantuan kemanusiaan seperti MRA boleh memainkan peranan membawa kelegaan kepada mereka yang menghadapi ancaman di Yaman dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting mengenai tragedi kemanusiaan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berharap pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu dapat bekerjasama untuk mengembalikan keamanan di Yaman. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd