• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Masjid boleh memainkan peranan sebagai pusat deradikalisasi bagi memastikan umat Islam tidak terjebak dan terjerumus dalam kegiatan keganasan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi mengekang kegiatan itu dan memulihkan mereka yang telah tersasar, katanya, pihak jawatankuasa masjid harus melaksanakan program berkenaan secara wasatiyah dan konsisten.

“Masjid yang tersergam indah harus diimarahkan dengan pelbagai pengisian…aktiviti masjid bukanlah bermusim dan berkala, ia harus dilakukan sepanjang masa sebagai pusat ibadah, pusat ilmu dan institusi kemasyarakatan.

“Tiga elemen ini sukar dilakukan jika tiada iltizam dan komitmen daripada ahli jemaah dan pengurusan masjid. Secantik mana pun masjid, ia tidak mempunyai sebarang makna jika usaha pengimarahan tidak dapat dilakukan,” katanya ketika berucap pada perasmian Masjid Salmah Khamis oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Masjid itu, yang dibina di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kos RM12 juta, mampu menampung seramai 1,000 jemaah.

Ahmad Zahid berkata dasar deradikalisasi bagi memulihkan pengganas di negara ini telah bermula sejak 1948 ketika negara diancam komunis, kumpulan al-Maunah, kumpulan Jemaah Islamiah dan Kumpulan Militan Malaysia yang mahu mewujudkan Islamic State atau Daesh.

Beliau berkata ketakutan terhadap Islam atau Islamophobia tercetus apabila wujudnya sebilangan golongan yang tidak mempunyai asas agama kukuh tetapi mencari jalan singkat ke syurga.

“Sebanyak 87 peratus yang terlibat dalam aktiviti keganasan ini adalah mereka yang tidak ada asas langsung dalam pendidikan agama. Islam itu cantik, Islam itu indah tetapi ia sering dirosakkan oleh satu atau dua titik nila yang mencorakkan warna susu sebelanga,” katanya.

Dengan Malaysia dipilih sebagai lokasi Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, katanya ia menunjukkan kebolehpercayaan masyarakat dunia kepada negara dalam usaha memerangi keganasan.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri berkata keharmonian pelbagai agama harus dimulakan dengan umat Islam menghormati agama lain jika mereka mahu agama lain menghormati Islam.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata Masjid Salmah Khamis dinamakan sempena ibu dan ayah mentuanya dan institusi berkenaan diwakafkan kepada Baitulmal Melaka untuk kegunaan semua kariah di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd