• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Rouhani Kekal Presiden Iran

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Rakyat Iran yang impikan lebih banyak kebebasan di negara sendiri dan mengharapkan tidak dipencilkan di luar negara, mengundi memilih semula Presiden Hassan Rouhani dalam pilihan raya presiden Jumaat lalu.

Menurut keputusan kiraan undi yang hampir selesai setakat petang semalam, perancang usaha berbaik-baik dengan Eropah itu mendahului dengan 58.6 peratus, bebanding pencabar utamanya, Ebrahim Raisi yang meraih 39.8 peratus undi.

Meskipun kuasa presiden terhad berbanding pemimpin agung Iran yang dilantik secara pemilihan, Ayatollah Ali Khamenei, skala kemenangan Hasan memberikan kem propembaharuan mandat yang kuat.

Pemimpin agung itu mempunyai kuasa veto terhadap semua dasar Iran dan menguasai pasukan keselamatan negara itu.

Pemilihan semula Hasan sudah pasti akan melindungi perjanjian nuklear antara kerajaannya dengan kuasa besar dunia pada 2015 yang menyaksikan kebanyakan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara itu ditarik balik.

Ia juga menjadi tamparan kepada Pengawal Revolusi, pasukan keselamatan yang amat berpengaruh dan menguasai sejumlah besar empayar perindustrian Iran.

Pasukan itu mengharapkan kemenangan Ebrahim bagi melindungi kepentingannya.

“Saya gembira dengan kemenangan Hasan. Kami tidak tunduk kepada tekanan dan saya mahu menyaksikan presiden itu meneruskan usaha dan melaksanakan janjinya,” kata Mahnaz, penyokong proreformasi. – Agensi/myMetro Online

Tags: Iranpresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd