• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Durian Musang King Mahal, Ini Puncanya…

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak mempunyai kuasa untuk mengawal dan menetapkan harga siling jualan bagi durian jenis Musang King.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, ini berikutan penetapan harga ‘Raja Buah’ terbabit tidak termasuk pun dalam senarai harga barang kawalan terutama pada musim-musim tertentu.

Oleh demikian, FAMA hanya boleh menggunakan pendekatan mengikut peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan 2008 terhadap produk pertanian tersebut, katanya.

“Melalui peraturan ini, penjual perlu mempamerkan harga dan gred serta negara asal buah tersebut kepada pembeli bagi memudahkan mereka mengetahui ciri-ciri durian Musang King,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai isu penjualan buah eksotik tersebut yang dikatakan terlalu tinggi hingga mencecah RM100 sekilogram.

Ahmad ditemui pemberita pada Program Promosi Lebihkan Makan Ulam-Ulaman sempena Festival Hari Guru Kebangsaan di Plaza Angsana di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau seterusnya berkata permintaan pasaran yang tinggi serta kekurangan pengeluaran pada luar musim merupakan antara faktor harga jualan itu meningkat.

“Durian ini mempunyai dua musim iaitu musim besar yang berbuah antara bulan Julai dan September, manakala musim kecil pada hujung Disember hingga Mac.

“Pada waktu musim, harga jualan akan lebih murah kerana bekalan terlalu banyak dan apa yang berlaku sekarang disebabkan ia di luar musim,” katanya.

Ekoran itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak mudah tertipu dan mengetahui ciri-ciri durian berkenaan ketika membeli memandangkan terdapat sesetengah pihak akan mengambil kesempatan.

Ada dikesan sengaja menjual durian Musang King tidak asli kepada pembeli yang mungkin tidak begitu mahir membezakan jenis durian di pasaran.

Mengenai kempen tersebut, Ahmad berkata ia bertujuan menggalakkan masyarakat mengambil ulam-ulaman sebagai diet makanan harian selain memberi peluang kepada petani tempatan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 202 jenis ulam-ulaman dari seluruh negara telah berjaya dikumpul untuk dijadikan sebagai produk utama jualan di pasar-pasar tani FAMA.

Jumlah tersebut, tambah beliau, dijangka meningkat kepada 1,001 jenis dalam tempoh tiga bulan lagi. – BERNAMA

Tags: DURIANFAMAMusang King
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Di Temerloh Beransur Pulih, Paras Air Turun

Next Post

Lebih 28,000 Anak Ayam Hangus Di Maran

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

Next Post

Lebih 28,000 Anak Ayam Hangus Di Maran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd