• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Malaysia Jadi Majikan Pilihan Utama Pencari Kerja

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 10 syarikat Malaysia yang menjadi pilihan utama pencari kerja disenaraikan oleh portal pekerjaan atas talian JobStreet.com bagi tahun 2017.

Penyenaraian berkenaan adalah berdasarkan kajian membabitkan 10,241 warga Malaysia bagi menentukan syarikat yang menjadi pilihan utama.

Menurut kajian itu, Google Malaysia yang merupakan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat diiktiraf sebagai syarikat yang menjadi pilihan utama responden.

Ia menjadi pilihan setelah berjaya menerapkan keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan sosial pekerja.

Ini diikuti dengan Petronas, Shell Malaysia, Sime Darby, AirAsia Berhad, Maybank, Nestle Malaysia, Intel Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Eco World Development Group Berhad.

Google Malaysia Jadi Majikan Pilihan Utama Pencari Kerja
Chook Yuh Yng (kanan) dan Martin Hayden (kiri) bersama 10 wakil syarikat Malaysia yang menjadi pilihan utama pencari kerja yang disenaraikan oleh portal pekerjaan atas talian JobStreet.com bagi tahun 2017.

Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng berkata, dalam dunia ekonomi baharu kini, pencarian tidak lagi hanya merujuk kepada insentif mahupun kelebihan dari segi kewangan.

“Kini majikan perlu pendekatan baharu yang unik dan strategik untuk menarik minat mereka yang mencari pekerjaan.

“Sebagaimana yang diketengahkan dalam kajian 10 Majikan Pilihan Utama 2017, pembangunan pekerja memberi peluang yang lebih cerah terhadap majikan dan pekerja,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Komersial SEEK Asia, Martin Hayden dan Ketua Pegawai Produk (CPO) SEEK Asia, Kenneth Chin.

Tahun lalu, syarikat industri minyak dan gas negara, Petronas menjadi pilihan utama sekaligus merangkul gelaran itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JobStreet.commajikansyarikat pilihan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd