• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

oleh AK-47
15/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tempoh yang diberikan sempena Bulan Pemutihan ke-15 sebelum pihaknya mengambil tindakan kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

“Majikan boleh mendaftar menerusi dalam talian melalui Portal ASSIST atau hadir ke mana-mana 54 pejabat PERKESO di seluruh negara atau hubungi careline di talian 1-300-22-8000.

“Sekiranya majikan gagal berbuat demikian dalam tempoh pemutihan, PERKESO tidak akan berkompromi dengan ketidakpatuhan majikan dan tiada lagi pengecualian selain tindakan penguatkuasaan akan dipertimbangkan kepada majikan menerusi Ops Kesan 2024 yang akan dilaksanakan Jun ini,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Ops Kesan ke-15 bertujuan memastikan majikan yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja mendaftarkan perusahaan dan pekerjaan mengikut peruntukan Seksyen 4 dan 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Seksyen 14 dan 16 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Beliau berkata, kegagalan majikan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM5,000 serta pendakwaan mengikut kesalahan yang dilakukan.

“Selain itu, majikan juga akan dikenakan FCLB pada kadar enam peratus setahun atas setiap hari caruman lewat dibayar kerana gagal mendaftar dan membayar caruman PERKESO.

“Majikan juga boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Sementara itu berdasarkan statistik Ops Kesan ke-14 pada 2023, tahap ketidakpatuhan majikan mencarum di bawah Akta 4 dan Akta 800 selepas pelaksanaan Bulan Pemutihan adalah sebanyak 21.73 peratus berbanding 18.95 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurut Mohammed Azman, ketidakpatuhan tersebut kebanyakannya membabitkan majikan berskala kecil dan yang baru memulakan perniagaan pasca pandemik.

“Majikan dalam kategori pemilikan tunggal mencatat jumlah tertinggi bagi kesalahan lewat daftar dan mencarum selain kurang pengetahuan serta kesedaran mengenai kewajipan berkenaan.

“Justeru setiap kali OPS Kesan dilaksanakan, kita lihat kadar ketidakpatuhan dalam kalangan majikan masih rendah sekali gus mengabaikan hak asasi pekerja untuk mendapat perlindungan keselamatan sosial,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: CarummajikanPERKSEO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Langgar Atlet Kayak Didapati Positif Alkohol

Next Post

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

Related Posts

Majikan Kepada 171 Pekerja Asing Tak Diberi Pekerjaan Disenarai Hitam

Majikan Kepada 171 Pekerja Asing Tak Diberi Pekerjaan Disenarai Hitam

06/01/2024
0

Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan,...

Bunuh Majikan Kerana Berang Dimarahi Tidak Siapkan Kerja

Bunuh Majikan Kerana Berang Dimarahi Tidak Siapkan Kerja

01/01/2024
0

Melaka: Tidak tahan sering dimarahi kerana gagal menyiapkan kerja, seorang buruh ladang sawit warga Indonesia bertindak kejam memukul majikannya dengan...

Next Post
TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api - KPN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd