• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Capai Akses Sejagat Kepada Penjagaan Kesihatan Berkualiti

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dengan berusaha menambah baik asas sistem kesihatan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata untuk itu, tumpuan sewajarnya telah diberikan kepada bidang kesihatan termasuklah kesihatan pergigian dengan mewujudkan pelbagai kemudahan.

Katanya sektor kesihatan merupakan sebahagian daripada sistem sosioekonomi, dan kemajuan dalam penjagaan kesihatan secara langsung oleh kerajaan adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat keseluruhan.

“Usaha ini jelas membawa kepada pelbagai perkembangan penting dalam penjagaan kesihatan pergigian rakyat yang mana Malaysia kini mempunyai hampir 700 fasiliti pergigian di seluruh negara. Meskipun begitu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan hanya tiga daripada 10 orang sahaja yang mengunjungi klinik pergigian dalam tempoh setahun.

“Tinjauan sama juga menunjukkan lebih satu pertiga daripada jumlah penduduk tidak pernah berkunjung ke klinik gigi. Penemuan ini menunjukkan bahawa kepentingan pemeriksaan berkala kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat masih perlu dipertingkatkan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan Agama Buddha Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zainudin Mohd Ali, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) kementerian Datuk Dr Noor Aliyah Ismail dan Pengerusi Pertubuhan Penganut Dewa San Kau Tong, Mah Kin Hock.

Dr Hilmi berkata bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya kesihatan pergigian, kementerian akan terus melipatgandakan usaha bagi mempromosikan amalan itu.

“Semua pihak perlu sedar bahawa kesihatan rakyat bukan sahaja tanggungjawab kerajaan mahupun penyedia perkhidmatan semata-mata, malah masyarakat sendiri harus mengambil cakna akan kesihatan diri masing-masing,” katanya.

Mengenai program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan Agama atau Kesihatan Oral dan Agama (KOA), Dr Hilmi berkata institusi keagamaan adalah platform terbaik untuk menyampaikan mesej kesihatan termasuk penjagaan gigi kepada orang ramai.

Katanya, mesej kesihatan itu yang diadakan dalam pelbagai aktiviti termasuk ceramah akan disampaikan oleh pakar atau pegawai pergigian merangkumi aspek pemeriksaan kesihatan pergigian, pameran bergerak dan demonstrasi penjagaan pergigian.

“Saya yakin dan percaya bahawa menerusi kolaborasi ini, aspek kesihatan yang turut merangkumi keseimbangan spiritual seperti yang disarankan oleh agama mampu dijadikan asas kepada penyampaian pendidikan kesihatan yang lebih mantap,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahayakesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd