• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatulah Meskipun Berbeza Fahaman Politik – Salleh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Rakyat perlu terus bersatu dan mengekalkan perpaduan harmoni meskipun mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.

“Jangan kita berpisah (berpecah) hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya, kita mesti terus memperkukuh hubungan silaturahim kerana perbalahan atau tiada persefahaman (dalam politik) tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.

“Politik bukan 24 jam. Bukan setiap hari berpolitik. Apabila sampai pilihan raya nanti, maka, ketika itu kita akan menentukan apa pilihan kita,” katanya berucap merasmikan Karnival Kuala Abai di Kampung Kuala Abai, dekat sini hari ini.

Salleh berkata setiap pemimpin juga perlu menjadikan parti politik sebagai platform menyatupadukan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk memperjuang kepentingan peribadi.

Menurutnya, politik adalah wadah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan pemimpin perlu menggunakan arena itu untuk memelihara kebajikan seterusnya menjamin kesejahteraan.

Katanya setiap pemimpin jangan terlalu beremosi kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan jika bertindak mengikut perasaan, dan menyertai parti baharu belum tentu memberi apa-apa jaminan.

“Politik bukan untuk diri kita (pemimpin) tetapi demi masa depan rakyat terutama generasi muda,” katanya.

Mengenai karnival, Salleh berkata ia adalah saluran untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat di kampung itu selain memperkukuh kerjasama antara mereka.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan dijadikan sebagai program tahunan dengan mempelbagaikan aktiviti yang berupaya menarik kedatangan pelancong ke kampung tersebut seterusnya membuka peluang kepada penduduk meningkatkan pendapatan.

Salleh turut meluluskan peruntukan sebanyak RM160,000 bagi menaik taraf surau di kampung itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd