• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keputusan FID Untuk LNG Kanada

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini berkata ia belum lagi membuat keputusan pelaburan akhir (FID) berkenaan dengan cadangan projek terminal eksport gas ali cecair (LNG) Pacific NorthWest di Utara British Columbia, Kanada.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, buat masa sekarang, kumpulan itu memberikan tumpuan kepada opsyen penerokaan bagi menjadikan cadangan projek itu mempunyai keupayaan berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar LNG yang lain di Utara Amerika.

“Kami akan mengumumkan FID pada masa yang sesuai,” katanya kepada satu sidang akhbar yang diadakan pada hari kedua Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-19 di sini hari ini.

Sumber Petronas di Kanada adalah signifikan selepas ia terbukti memiliki rizab sebanyak kira-kira 26 bilion kaki padu (Bcf).

“Kami berazam untuk menjana keuntungan melalui rizab tersebut pada harga dan masa yang sesuai. Pasukan yang terbabit dengan projek itu masih meneroka kesemua opsyen, termasuk aspek teknologi bagi membangunkan loji LNG yang akan berharga kompetitif berbanding dengan pengeluar-pengeluar lain di Amerika Utara,” katanya.

Petronas merupakan pengeksport LNG ketiga terbesar di dunia (selepas Qatar dan Australia).

Secara tradisinya, Petronas menjual LNG kepada pelanggan di Timur Jauh dan sedang mengintai peluang di Timur Tengah serta Asia Selatan.

“Potensi perniagaan LNG di China adalah sangat besar dan Petronas melihatnya sebagai satu pasaran yang penting, dan Petronas buat masa sekarang, membekalkan kepada Shanghai LNG.

“Selain China, pasaran tradisional LNG kami ialah Jepun, Korea, Taiwan serta pasaran baru muncul seperti Bangladesh, Pakistan dan India. Secara ringkasnya, mendapatkan pasaran lumayan memang sentiasa menjadi objektif kami,” katanya.

Wan Zulkiflee ketika ditanya mengenai sumbangan Petronas kepada pemotongan bekalan minyak global, berkata syarikat itu adalah komited untuk memotong 20,000 tong dan jika perjanjian itu dilanjutkan, Petronas akan mengekalkan jumlah yang sama. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Zulkiflee Wan AriffinLNGpetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd