• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal SSA Bandar Malaysia Keputusan Komersial

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia adalah keputusan komersial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Lembaga Pengarah TRX City Sdn. Bhd. membuat keputusan membatalkan SSA itu kerana berlakunya pelanggaran terma kontrak apabila pihak pembeli gagal membuat pembayaran yang sudah tertangguh lebih 10 kali.

“Bandar Malaysia perlu dibangunkan mengikut tempoh tertentu. Kita melihat dari segi perundangan akibat daripada penangguhan, maka keputusan perlu dibuat.

“Sudah tentunya keputusan pembatalan adalah 100 peratus bergantung kepada keputusan komersial. Ia harus dilihat dari segi ‘kerugian peluang’ apabila penangguhan itu terus dilakukan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan SSA Bandar Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

TRX City Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan SSA dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. membabitkan jualan 60 peratus modal terbitan dan modal berbayar Bandar Malaysia Sdn. Bhd. luput disebabkan kegagalan pihak-pihak pembeli memenuhi obligasi pembayaran.

Bandar Malaysia yang akan dimajukan secara usaha sama awam swasta adalah projek pembangunan bandar dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM150 bilion.

Projek jangka panjang itu dijangkakan siap dalam tempoh 30 tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd