• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Tambah Alat, Kelengkapan Hadapi Bencana Alam

oleh AK-47
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menambah dan menukar peralatan serta kelengkapan pasukan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.

Tanpa mendedahkan jumlah aset yang terlibat, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Azmy Yahya berkata ia termasuklah penambahan van ambulans, bot dan trak.

Setakat ini, katanya APM telah menerima 18 daripada 61 trak yang diperlukan.

“Trak ini dijangka mencukupi sepenuhnya menjelang Oktober ini, yang akan membolehkan kami menghadapi sebarang situasi bencana khususnya dalam misi menyelamat, ” katanya kepada pemberita selepas acara Perhimpunan Setia bulan Mei 2017 APM dan penyampaian watikah pelantikan pegawai bersekutu media APM, di sini hari ini.

Azmy berkata APM kini sedang menggiatkan usaha untuk menambah keanggotaan sukarelawan dalam pasukan itu bagi mencapai sasaran dua juta anggota menjelang akhir tahun ini sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

“Setakat empat bulan ini, seramai 530,000 anggota baru telah menyertai APM dan kami yakin angka ini akan terus meningkat,” katanya.

Ditanya mengenai pengambilan baharu pegawai dan anggota tetap APM, Azmy berkata sesi ujian dan temuduga akan diadakan pada 15 Mei sehingga 19 Mei ini di seluruh negara termasuk di ibu pejabat APM.

“Alhamdulillah, bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan sesi ujian fizikal melibatkan kira-kira 7,200 orang bagi mengisi kekosongan gred KP19, KP29 dan KP41,” katanya.

Terdahulu, dua wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara sembilan wartawan yang menerima watikah pelantikan pegawai bersekutu media APM dengan pangkat Leftenan dan Leftenan Muda bagi menghargai jasa mereka membuat liputan berita mengenai APM. – BERNAMA

Tags: APMbencana alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd