• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Bantu JTLM Dalam Tugasan & Rondaan

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menawarkan khidmat sukarelawan untuk tugasan rondaan bersama Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) bagi penguatkuasaan undang-undang selain terlibat khidmat kecemasan, bantuan awal perubatan dan khidmat kemanusiaan di laut.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Azmy Yahya berkata kerjasama yang terjalin sejak tiga bulan lepas itu membabitkan penguatkuasaan di Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Labuan serta dijangka diperluas ke negeri-negeri lain pada masa hadapan.

“APM bekerjasama dengan pelbagai agensi swasta, kementerian dan agensi kerajaan berkaitan penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Hutan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta terbaru JTLM.

Anggota APM akan bersama dengan penguatkuasa JTLM melakukan rondaan bagi memastikan khazanah laut dan perairan negara terus terjaga dan terpelihara serta pencegahan pencemaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Hotel Equatorial, di sini hari ini.

Hotel Equatorial merupakan hotel pertama di Pulau Pinang mempunyai pasukan CDERT. Turut hadir Pengurus Besarnya Andreas Knussi.

Sementara itu, Azmy berkata pihaknya akan terus mempergiat dan menjalankan pelbagai program kesedaran di peringkat masyarakat untuk persiapan menghadapi kecemasan dan bencana.

Beliau berkata program itu bertujuan memberi pengetahuan dan latihan mengenai langkah yang perlu dibuat ketika menghadapi kecemasan atau bencana.

“CDERT juga ditubuhkan di peringkat komuniti, badan bukan kerajaan, peringkat swasta dan badan kerajaan. Ia sebagai merealisasikan hasrat APM untuk melantik CDERT di setiap komuniti serta organisasi dalam bencana sebelum bantuan lain tiba dan kami akan melatih anggota CDERT dalam tiga bentuk latihan asas mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan seperti Pertolongan Cemas, Asas Menyelamat dan Melawan Kebakaran.

“Bagi CDERT hotel, ia berperanan memantau keselamatan di seluruh kawasan hotel mahupun sekitar kawasan ini dalam mengambil tindakan awal mengelak sebarang bencana itu merebak ke arah lebih membimbangkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMJTLM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd