• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Imamkan Solat Maghrib Hari UMNO Ke-71

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengimamkan solat Maghrib pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang lengkap berpakaian kemeja merah, berseluar hitam dan bersongkok tiba di surau khas yang disediakan di perkarangan stadium itu kira-kira 6.55 petang.

Selain anggota UMNO dan tetamu, turut menunaikan solat ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Anggota-anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Asyraf Wajdi, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Seri Raja Nong Chik serta kumpulan pelajar tahfiz.

Selesai solat Maghrib, semua jemaah menyertai bacaan Yasin dan doa sempena Malam Nisfu Syaaban.

Mereka kemudian menyertai ratusan ribu hadirin di dalam stadium untuk mengikuti acara lain termasuk ucapan perasmian ulang tahun oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 9.30 malam ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd