• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Pemain Dan Pegawai JDT Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) semalam bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JDT hari ini, pemain Safiq Rahim mengetuai upacara melafaz dan menandatangani IBR itu.

Majlis tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, Naib Presiden I PBNJ, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

Ismail dilapor sebagai berkata kerjasama JDT dengan SPRM adalah untuk memenuhi hasrat dan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya JDT mempunyai integriti yang tinggi serta bebas dari gejala rasuah.

Shamshun Baharin pula berkata usaha yang dilaksanakan oleh SPRM bersama JDT itu secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku isu-isu rasuah dan mengatur perlawanan dalam arena bola sepak negara.

“Menerusi kerjasama ini, semua pihak sudah mempunyai tempat rujukan sekiranya rasuah dan mengatur perlawanan berlaku dalam arena bola sepak tanah air selepas ini,” katanya.

Beliau menjunjung kasih dan berterima kasih kepada Tunku Ismail yang mengorak langkah memerangi rasuah dalam arena bola sepak membabitkan JDT dan seterusnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: JDTrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd