• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,852 Anggota Baharu PGA Tamat Latihan Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohamad Sabtu Osman menyasarkan 1,852 anggota baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara dapat menamatkan Latihan Kursus Asas PGA selewatnya, awal tahun hadapan.

Beliau berkata latihan itu penting kerana menerusinya anggota PGA akaN dilatih dengan kemahiran asas teknik penugasan PGA dalam aspek peperangan menentang insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam.

“Tahun ini kami cuba melatih 800 anggota bagi siri 1, 2 dan siri 3 di Pulapol, Sarawak dan baki anggota kami harap dapat latih pada tahun hadapan.

“Asas PGA ini adalah wajib supaya mereka ini tahu ilmu peperangan di hutan untuk melengkapkan diri mereka kerana mereka ini anggota baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat sempena lawatan kerja beliau ke Batalion 14 PGA Tawau di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Sabtu berkata kerja-kerja pembinaan untuk kem PGA Batalion 20 di Beluran, Sandakan akan dimulakan pada September tahun ini.

“Kem itu akan dibina di Kampung Cahaya, Beluran,” katanya lagi.

Sementara itu, katanya rondaan di perairan dan darat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, penambahan aset bot termasuk pesawat akan dipertimbangkan jika ada kepentingan terutamanya kepada pasukan marin di negeri ini. – BERNAMA

Tags: latihanPGA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd