• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

oleh Mynewshub
13/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Truper (Tpr) Muhammad Akhmal Shahrudin cedera akibat terkena tembakan ketika menjalani latihan menembak bagi persiapan pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) di Lapang Sasar 75 Meter, Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira pukul 2.15 petang semalam.

Menurut kenyataan media TDM melalui Cawangan Komunikasi Strategik (CKS), ketika kejadian, seorang lagi anggota melaksanakan latihan kering dan telah melepaskan tembakan ke sasaran pada jarak 25 meter tanpa menyedari bahawa Tpr Muhammad Akhmal masih berada di belakang sasaran tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan anggota berkenaan mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan sehingga menembusi ke rahang bawah kiri.

Anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk diberikan rawatan awal bagi menghentikan pendarahan. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman.

“Keadaan anggota pada ketika ini adalah stabil dan beliau ditidurkan untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti punca serta faktor yang membawa kepada kejadian tersebut.

“TDM memandang serius insiden berkenaan dan akan mengadakan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman turut berdukacita terhadap insiden yang berlaku dan mendoakan Muhammad Akhmal dipermudahkan segala urusan sepanjang proses menerima rawatan dan pemulihan.

“TDM turut menyeru semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada TDM menjalankan proses siasatan secara telus dan adil,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: ANGGOTAcederalatihanPort DicksonTDMtentera daratterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd