• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pelajar MRSM Parit Ditamatkan Pengajian

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak yang terlibat dalam kes buli enam pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditamatkan pengajian berkuat kuasa semalam selepas didapati bersalah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan itu dicapai selepas dicadangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM) dalam mesyuaratnya Isnin lepas yang turut memberi peluang kepada semua pelajar terbabit untuk membela diri.

“Ini adalah pengajaran kepada mana-mana pelajar agar tidak melakukan perkara di luar kesopanan dan kesusilaan kita…para ibu bapa juga, tidak perlu risau kerana kita tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini.

“Saya juga nak tegaskan bahawa kita tidak menganiaya sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Program Latihan Teknikal dan Keusahawanan Masyarakat Islam Kemboja di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata surat penamatan pengajian telah dihantar kepada semua ibu bapa 10 pelajar terbabit, semalam.

Pada 18 Mei lepas, media melaporkan enam pelajar MRSM Parit menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah dipetik sebagai berkata kes itu membabitkan mangsa yang kesemuanya berusia 14 tahun yang dipukul pelajar senior berumur 15 dan 16 tahun.

Sementara itu, Azhar berkata kesemua enam pelajar yang masih trauma dengan kejadian itu telah diberikan kaunseling.

“Malah ada di antara mereka telah membuat permohonan untuk ditukarkan ke MRSM lain dan itu telah kita luluskan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Ahmad Jazlan menyampaikan sijil kepada lapan beliawanis muslim Kemboja yang mengikuti kursus berkaitan fesyen selama dua bulan bermula 3 April lepas.

Program itu yang merupakan kolaborasi antara Mara dan Jakim, bertujuan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada masyarakat Islam Kemboja bagi membolehkan mereka memperbaiki sosioekonomi mereka di negara berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes buliMRSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd