• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuisyen Percuma Untuk 20,000 Pelajar SPM

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 20,000 pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara terpilih untuk menerima bantuan tuisyen percuma bermula Julai ini menerusi program anjuran Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO.

Pengerusi HELP Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata bantuan tersebut merupakan kesinambungan Program HELP Tuisyen yang bermula sejak 2014, yang mana sehingga kini seramai 12,000 pelajar berjaya dibantu.

“Mereka akan dibantu guru-guru pakar dalam lima subjek utama yang akan disediakan pihak kami secara percuma,” katanya ketika ditemui pemberita pada Pertandingan Golf Amal HELP 2017 di Glenmarie Golf and Country Club di sini.

Pertandingan yang bermula sejak awal pagi dan berakhir kira-kira tengah hari tadi turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM685,000 daripada pelbagai syarikat korporat bagi menampung dana program HELP Tuisyen itu.

Turut serta ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Nazir Hussin berkata sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul dana RM2.7 juta dan menyasarkan untuk memperoleh RM4 juta sebelum program itu bermula.

Katanya, semua dana itu akan disalurkan kepada 191 kawasan Parlimen yang akan menguruskan segala pembiayaan dan hal berkaitan pemilihan pelajar, guru dan tempat tuisyen.

Sementara itu, Mahdzir dalam ucapannya menyokong program tuisyen percuma anjuran HELP ini dan menganggap ia inisiatif yang sangat baik ke arah pembangunan pendidikan negara.

“Bagi pihak Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan, saya ucap terima kasih kerana mengelolakan program seumpama ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd