• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Sebarang Bentuk Usaha Wujud Ekstremis Agama

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Malaysia menolak sebarang bentuk usaha untuk mewujudkan ekstremis agama yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara.

Beliau berkata rakyat perlu menghargai dan meraikan perbezaan bahasa, budaya dan agama yang telah menjadi lambang kekuatan dan perpaduan kaum di negara ini sejak sekian lama.

“Kita perlu ketepikan perbezaan dalam kalangan kita. Kita tidak mahu ekstremis sama ada dari Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya kerana kita mahu wujudkan keamanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ugadi 2017 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam, Presiden MyPP Tan Sri M.Kayveas dan Presiden Telugu Malaysia Datuk Dr Achaiah Kumar Rao.

Hari Ugadi disambut kira-kira 400,00 komuniti Telegu di seluruh negara pada 29 Mac lepas.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata himpunan komuniti Telugu membuktikan bahawa rakyat Malaysia menghargai perbezaan etnik dan agama.

“Ini adalah manifestasi bahawa kita semua harus diberikan peluang untuk meraikan kebudayaan masing-masing. Malah, bahasa ibunda mesti diajar di peringkat sekolah rendah.

“Saya yakin ini adalah dasar pendidikan negara bahawa bahasa ibunda boleh diamal dan digalakkan untuk tujuan pembelajaran. Ini bukanlah untuk memetakkan (membezakan) masyarakat sebaliknya kita saling menghargai setiap etnik negara,” katanya.

Ribuan komuniti Telugu hari ini membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan Karnival Ugadi yang diserikan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian, muzik serta jualan makanan dan minuman. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd