• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Lawat TPM

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Udomdej Sitabutr.

Kunjungan yang berlangsung di Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di sini bertujuan membincangkan cadangan pelaksanaan perlanjutan tempoh operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan ICQS Padang Besar kepada 24 jam.

Ketika bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek secara bersepadu di ICQS di sini, Ahmad Zahid berkata cadangan itu bagi membolehkan pemanjangan waktu operasi di ICQS Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar yang sebelum ini hanya beroperasi selama 18 jam kepada 24 jam.

“Rundingan bersama pihak Thailand adalah bagi membincangkan beberapa perincian terhadap pelaksanaan dan bagi menentukan tarikh pelaksanaan operasi,” katanya.

Dalam program lawatan kerja itu, Ahmad Zahid turut diberi taklimat mengenai status pelaksanaan Projek Cadangan Pembinaan Secara Bersepadu Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam oleh syarikat pemaju, Northern Gateway Infrastructure Sdn. Bhd.

Cadangan pemanjangan waktu operasi ICQS itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 15 Feb lalu bagi memastikan hasrat Malaysia untuk menjadi hab logistik bersepadu dan pintu masuk perdagangan ke rantau Asia Tenggara dapat dicapai. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd