• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Halangan Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 Di Larkin

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya semua aksi skuad kebangsaan untuk kempen kelayakan Piala Asia 2019 berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada kemudahan yang terbaik yang sedia ada di stadium berkenaan.

“Saya tidak ada apa-apa masalah sekiranya stadium itu digunakan untuk apa-apa perlawanan pasukan kebangsaan tapi untuk Sukan SEA ini, ia akan dimainkan di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Sukan SEA ke-29 dengan McDonald’s Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan semua aksi skuad negara dalam kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Katanya FAM telah menghantar surat kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, gelanggang bagi perlawanan kelayakan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd