Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Disyaki Lelaki M’sia...

GLOBAL | Seorang lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di...

TFC Pilih Park Seung...

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club (TFC) memilih Park Seung Il dari Korea...

Najib Boleh Jadi PM...

KUALA LUMPUR - Tempoh mengehadkan jawatan perdana menteri (PM) selama dua penggal hanya...

Suri Rumah Terkejut, Daging...

China – Seorang wanita yang mahu memotong daging untuk dijadikan stik terkejut apabila...

Tekad SPRM Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merafak sembah tahniah kepada Sultan Muhammad V yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 dengan menyatakan komitmennya untuk melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mewakili seluruh warga SPRM, berkata suruhanjaya itu yakin pertabalan Seri Paduka akan merancak dan memperkasa lagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.

“Merafak sembah penuh taat setia, SPRM bertekad untuk terus memikul tanggungjawab memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa bagi memastikan pentadbiran kerajaan terus subur dan disanjung tinggi,” katanya.

“Seluruh warga SPRM mendoakan Seri Paduka dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan,” katanya dalam kenyataan di sini.


Sultan Muhammad V, 47, ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam bagi menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis 2016. – BERNAMA

Kategori