• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Perak, Kini Johor Difitnah Ada Tawar Ala BR1M

oleh
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bagaikan dirancang teliti pihak tertentu, selepas Perak kecoh dengan berita tular palsu Bantuan Rakyat 1Perakku, kini giliran Johor pula jadi mangsa bahan fitnah yang sama.

Justeru Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tampil tegas menafikan konon wujud bantuan kewangan RM750 kepada rakyat negeri ini menerusi skim Bantuan Rakyat 1Johor (BR1J) seperti kes di Perak.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri malahan tidak pernah pun mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman sesawang rasmi kerajaan Johor mahupun melalui media arus perdana berhubung perkara tersebut selama ini.

“Perkara mengenai bantuan (BR1J) itu adalah tidak benar sama sekali… Saya berharap agar tiada rakyat Johor yang mempercayai cerita tidak benar ini,” kata beliau lagi kepada pemberita.

Mohamed Khaled menjelaskan demikian pada sidang media selepas melancarkan Program e-Learning Johor di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar di sini pada Khamis.

“Rakyat juga perlu ada kekuatan dengan tidak percayai perkara atau maklumat seperti ini. Jika tiada dalam laman web saya atau pun surat khabar, ini bermakna maklumat seumpama itu tidak benar,” kata beliau.

Berita pemberian BR1J menjadi tular dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu termasuk menerusi aplikasi Whats App yang mendakwa skim tersebut seumpama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pihak penyebar fitnah tersebut mendakwa konon setiap rakyat negeri ini akan menerima bantuan kewangan khas ditawarkan sebanyak RM750 menerusi skim baharu anjuran kerajaan Johor berkenaan.

Ia secara kebetulan muncul serentak dengan apa berlaku di Perak sehingga menyebabkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir terpaksa menafikan perkara tular itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Langgar Kontrak: Azrel, Risteena Disaman RM1.5 Juta

Next Post

MSSM: Rekod Lontar Peluru Berusia 28 Tahun Dipecah

Related Posts

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

25/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

Next Post

MSSM: Rekod Lontar Peluru Berusia 28 Tahun Dipecah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd