Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Perlis Juga Bubar DUN...

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis...

Ketua Hakim Nepal Dipecat...

KATHMANDU - Ketua Hakim Negara Nepal, Gopal Prasad Parajuli, telah dipecat kerana melakukan...

2 Sahabat Didakwa Culik...

KLANG - Dua sahabat baik dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari...

VIDEO: Adik Ni Kata,...

MUSIM persekolahan yang baru bermula menyaksikan ramai ibu bapa memuatnaik gambar dan video gelagat...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan diumumkan setelah melalui beberapa proses kelulusan di peringkat lembaga pengarah dan kementerian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bila tarikh sebenar dividen itu akan diumumkan.

“Untuk makluman, kita sekarang dalam proses untuk menentukan dividen LTAT. Ia di peringkat lembaga (dan) apabila diluluskan akan dibawa kepada menteri (Pertahanan) untuk kelulusan. Apabila diluluskan di peringkat menteri akan dibawa kepada Kementerian Kewangan.

“Ada proses (yang perlu dilalui). Apabila Kementerian Kewangan luluskan maka barulah akan diumumkan.

“Tetapi Insya-Allah dividen untuk tahun lepas, tahun ini memang ada dan akan diumumkan. Jadi tunggu masa bila diumumkan nanti,” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isma Mohd Isa (BN-Tampin) berhubung jangkaan dividen tahunan 2023 LTAT akan diumumkan.

Ditanya sama ada perubahan tampuk pengurusan tertinggi LTAT akan mengubah Pelan Strategik 2023-2025 atau dikenali sebagai MAMPAN25 yang dilaksanakan ketika ini, Mohamed Khaled mengakui beliau tiada masalah dari segi pelaksanaan pelan terbabit.


Apabila sebahagian daripada pelan strategi berkenaan melibatkan pelan penstruktur semula model perniagaan dan pegangan LTAT termasuk berkait pelaburan beberapa syarikat, penjualan aset serta pegangan dalam syarikat strategik, beliau berkata pihaknya memberi perhatian untuk menguruskan perkara itu dengan teliti dan cermat.

“Jadi yang ini kita sedang memberi perhatian dan mencari jalan menang-menang untuk semua supaya dalam kita melaksanakan pelan strategik ini, sebolehnya tidak ada mana-mana syarikat terjejas.

“Ia termasuk memastikan pegangan LTAT masih lagi berada pada paras yang LTAT menguasai mana-mana anak syarikat itu.

“Maknanya, pelaksanaan apa-apa pelan kita tidak mahu melihat akhirnya soal kecairan LTAT itu kita dapat atasi.

“Tetapi soal dividen mampan sepanjang masa itu akan mendatangkan masalah kerana kita hilang kawalan atas beberapa syarikat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori