Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Evolusi Street Wear: Bangkok...

DALAM evolusi street wear - Bangkok bukan sedahsyat Tokyo. Tokyo - ibu kota...

Kakitangan TNB Direman 3...

SEREMBAN - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) direman selama tiga hari bermula...

Hamilton Ditawar Gaji RM330...

JAGUH Formula Satu (F1) Lewis Hamilton masih berteka-teki dengan tawaran kontrak lanjutan berjumlah...

Mesti Siasat Menteri Dakwaan...

REMBAU - Polis diminta menyiasat dua menteri Kabinet yang mendakwa kerajaan membuat keputusan...

MSSM: Rekod Lontar Peluru Berusia 28 Tahun Dipecah

GEORGE TOWN – Atlet lontar peluru dari Sarawak, Albert Tiong Kah Hao memecahkan rekod Kejohanan Trek dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berusia 28 tahun, iaitu antara tiga rekod yang dipecahkan pada hari ketiga pertandingan di Stadium Bandaraya, di sini hari ini.

Catatan Albert yang beraksi dalam kategori lelaki bawah 12 tahun, pada jarak 14.98 meter mengatasi rekod lama sejauh 14.7m milik Nazri Mamat dari Kelantan yang dilakukan pada 1989, sekali gus memenangi pingat emas.

Pingat perak acara ini diraih atlet Sabah, Muhammad Fitri A.Aco yang mencatat 13.9m, manakala gangsa milik Lu Teck Yi dari Sarawak (13.16m).

Rekod kedua dilakukan seorang lagi atlet Sarawak, Samuel Ling Jieng Yi yang memadam rekod MSSM lontar peluru lelaki bawah 18 tahun yang dilakukan tahun lalu sejauh 16.66m milik atlet Muhammad Aidil Taufe dari Kuala Lumpur, apabila melontar sejauh 18.21m.

Tempat kedua dimenangi atlet Kelantan Muhammad Faqriez Mohd Fazuri (16.35m), manakala tempat ketiga milik Farm Loong Deng dari Negeri Sembilan (15.7m).


Satu lagi rekod dilakukan dalam acara rejam lembing kategori perempuan bawah 15 tahun apabila atlet Johor, Siti Aminah Abdul Hadi mencatat rejaman sejauh 38.05m mengatasi rekod lama 36.7m milik J.Pavithraa Devi dari Pulau Pinang pada MSSM 2013.

Atlet Sabah, Olivia Da Onidian Jainis merangkul pingat perak dengan jarak 33.54m, manakala gangsa dimenangi wakil Kedah, Nur Syafika Elyiana Mohd Khirjohari (33.42m). – BERNAMA

Kategori