• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

oleh AK-47
25/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan raptai lintas hormat susulan insiden pelanggaran udara membabitkan dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak, Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bagi mengelak insiden sama berulang pada masa akan datang.

Beliau bagaimanapun berkata, keperluan bagi meneliti semula SOP persembahan itu akan ditentukan selepas pihaknya menerima laporan penuh siasatan nahas dari lembaga siasatan.

“Kita akan ambil pengajaran (daripada insiden ini) dan tunggu laporan siasatan. Dari situ kita akan melakukan perkara-perkara yang wajar untuk dilakukan,” katanya pada sidang media selepas hadir majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Wisma Perwira MINDEF hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan lembaga siasatan yang ditubuhkan TLDM akan memanggil semua pihak berpotensi termasuk syarikat pembekal helikopter bagi melengkapkan siasatannya.

“Jawatankuasa (lembaga siasatan) dibentuk dan mereka akan melihat, akan tentukan siapa yang akan (dipanggil untuk) membantu (siasatan). Kita mesti nak tahu sejelas-jelasnya apa yang berlaku.

“Apa saja yang mahu dibantu (pihak yang akan bantu) tiada apa yang mahu diketepikan dan disorokkan,” katanya.

Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan itu, ATM dan TLDM menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas.

Mohammad Khaled yang ditemui media Selasa lalu memberitahu, lembaga terbabit akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung insiden itu.

-Berita Harian

Tags: Khaled NordinMindefSOP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd