• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Kera Liar Ancam Penduduk Mukim Joh

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Ratusan ekor kera hutan yang sejak dua tahun lepas menganggu kehidupan kira-kira 1,500 penduduk di lima kampung dalam Mukim Joh di sini, bertindak ganas apabila menyerang seorang penduduk pada Isnin lepas.

Susulan kejadian serangan itu, penduduk Kampung Padang Luar, Kubang Belut, Banggol Pak Awang, Pak Gombak dan Maka berharap pihak berkuasa relevan segera mengambil tindakan.

Sebelum ini kera liar berkenaan secara berkumpulan turut merosakkan harta benda awam seperti kubah masjid, atap, dawai alat pembesar suara, tanaman seperti pisang dan kelapa.selain masuk ke dalam rumah penduduk untuk mengambil makanan.

Menceritakan kejadian diserang kera pada Isnin lepas, pekerja kantin Sekolah Kebangsaan Joh, Siti Haryati Ismail, 45, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang menunggang motosikal.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja dan melalui kawasan sekumpulan kera yang bergayutan di pokok-pokok di tepi jalan sebelum salah seekor binatang tersebut melompat ke arah saya.

“Akibatnya saya terjatuh dari motosikal dan menyebabkan saya cedera ringan di lengan kanan dan lebam di beberapa bahagian badan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Siti Haryati berkata kejadian itu menyebabkan dia berasa serik untuk melalui jalan berkenaan dan terpaksa bergantung kepada suaminya untuk menghantar dan menjemputnya pulang dari tempat kerja setiap hari.

Seorang lagi penduduk Nik Abdul Majid Omar, 76, bimbang dengan keselamatan kanak-kanak yang pergi dan pulang dari sekolah terutama jika mereka berjalan kaki secara bersendirian.

Menurutnya sebelum ini pernah berlaku kejadian seorang murid dikejar oleh sekumpulan kera namun kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri.

Katanya kumpulan kera berkenaan dipercayai memasuki kawasan kampung selepas habitat haiwan itu dimusnahkan bagi tujuan pembukaan ladang kelapa sawit dan projek perumahan. – BERNAMA

Tags: Kera Liarpenduduk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Brazil Bantah Pembaharuan Umur Persaraan

Next Post

Baru Bercerai, Vida Akui Ramai Cuba Rapat

Related Posts

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

20/02/2023
0

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, diminta menjaga sistem perpaipan yang menyalurkan air...

Next Post

Baru Bercerai, Vida Akui Ramai Cuba Rapat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd