• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Bercerai, Vida Akui Ramai Cuba Rapat

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM tamat tempoh edah, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman sudah didekati oleh beberapa individu yang berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Kata Vida, dia berasa amat kesal apabila ramai yang cuba merapatinya dengan berhubung dengannya melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.

“Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini,” katanya ketika ditemui semasa Ulang Tahun Pertama Tonton semalam.

Malah, menurut Vida, sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin awal bulan lalu, baru kini dia keluar menghadiri majlis hiburan.

“Ini adalah kemunculan pertama saya selepas ‘terperuk’ di dalam rumah apabila kembali bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” katanya.

Menurut Vida, dia percaya apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pasti ada hikmah di sebaliknya.

Perkahwinan selama tiga tahun Vida dan Fairuz akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd