Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kastam, JPJ Kongsi Maklumat...

LABUAN - Jabatam Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertukar...

Covid-19: 19 Sekolah Di...

SHAH ALAM - Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula hari ini...

Kes Import Covid-19 Sumbang...

JANGKAAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia mencapai puncak jumlah kes positif koronavirus...

Kanak-Kanak 6 Tahun Mati...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya...

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lapor Agensi Anadolu, perkara itu dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi laporan agenda penyelidikan global yang pertama kali diterbitkan, kelmarin.

Menurut WHO dalam kenyataan, agenda mengenai kesihatan, penghijrahan dan perpindahan itu bertujuan membimbing usaha penyelidikan bagi memahami dan menangani keperluan kesihatan migran, pelarian dan penduduk yang hilang tempat tinggal secara paksa.

Malah, agenda itu juga membentuk dasar dan amalan responsif di seluruh dunia.

“Pada masa ini, kira-kira satu bilion orang meninggalkan rumah mereka secara rela atau paksaan disebabkan pelbagai faktor seperti peperangan, konflik, ketidaksamaan pendapatan, peralihan ekonomi, urbanisasi dan perubahan iklim.

“Terdapat keperluan untuk membangunkan dasar berasaskan bukti bagi memastikan tiada mana-mana individu yang dipinggirkan.


“Bagaimanapun, terdapat kekurangan pengetahuan yang komprehensif mengenai perkara berkesan untuk menyokong kesihatan penduduk berpindah,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jurang pengetahuan sedemikian memberi kesan terhadap kesejahteraan orang ramai sekali gus memperlahankan kemajuan global ke arah perlindungan kesihatan sejagat dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Semasa proses perundingan agenda penyelidikan global, WHO memaklumkan lima tema kajian keutamaan dipersetujui yang memerlukan pelaburan lebih besar.

Tema itu antara lain cara meningkatkan akses kepada perkhidmatan dan mencapai perlindungan kesihatan sejagat inklusif, tindakan untuk menjadikan persediaan kecemasan kesihatan lebih responsif, pemahaman lebih baik mengenai penentu kesihatan dan cara menanganinya serta kerjasama dalam penyelidikan.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataan menyifatkan agenda penyelidikan global itu sebagai langkah penting dalam usaha agensi itu untuk memacu dasar dan amalan berdasarkan bukti.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori