• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terengganu Mohon RM11 Juta, 1,910 Anggota

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Polis Kontinjen Terengganu telah memohon sebanyak RM11 juta bagi penambahan aset dan kelengkapan serta 1,910 anggota tambahan kepada Bukit Aman bagi pengurusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata ketika ini, jumlah anggota dan pegawai sedia ada ialah 3,164 orang dan sekiranya penambahan itu diluluskan, Kontinjen Terengganu akan mempunyai 5,074 pegawai dan anggota untuk bertugas sepanjang PRU14.

“Penambahan anggota ini penting terutama pada hari pengundian untuk menjaga pusat undi dan pusat penjumlahan undi, begitu juga sepanjang kempen berlangsung.

“Kita mohon RM11 juta itu untuk menambah aset seperti lori dan kereta serta kelengkapan yang sesuai bagi menangani apa sahaja cabaran dan ancaman pada PRU14 itu nanti, namun jumlah yang diluluskan akan dimuktamadkan Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Asas Unit Tindakan Ringan (LSF) Kontinjen Terengganu Siri 1/2017 di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Wakaf Tapai di sini hari ini.

Seramai lapan pegawai dan 64 anggota terlibat dalam kursus dua minggu sejak 25 Mac lalu bagi meningkatkan kemahiran tentang perkara yang berkaitan dengan ketenteraman awam dan menangani kes rusuhan jalanan secara berkesan.

Rosli berkata setakat ini Polis Terengganu telah selesai mengadakan empat kursus yang berkaitan kesiapsiagaan menghadapi PRU14.

“Antaranya kusus sistem maklumat pusat kawalan dan sistem maklumat pilihan raya. Kita jangka ada lima atau enam lagi kursus berkaitan PRU14 ini yang akan dilaksanakan sebelum Jun atau Julai depan.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan.

“Setakat ini kita sudah bersedia dari segala aspek pengurusan PRU14 termasuk mengenal pasti 70 ‘kawasan panas’ di seluruh negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosli Ab RahmanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd