• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tahan Lelaki Seludup Senjata Api

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai penyeludup senjata api dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata lelaki berusia 24 tahun itu kelihatan mencurigakan ketika cuba melalui sekatan jalan raya pada pukul 4 pagi Khamis lepas.

“Suspek dilihat cuba berpatah balik daripada melalui sekatan jalan raya sebelum dikejar sejauh 12 kilometer (km) dan berjaya ditahan sepasukan anggota polis.

“Pemeriksaan ke atas Proton Wira yang dipandu suspek yang berasal dari Tanah Merah itu menemukan sepucuk pistol di dalam satu beg kecil bertulisan M1911 A1 US Army yang dipercayai boleh membunuh dalam jarak lima meter,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata siasatan awal mendapati pistol itu diperoleh suspek dari negara jiran dengan harga RM500 dan akan dijual kepada rakannya di Negeri Sembilan dengan harga RM1,200.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun dan enam sebatan.

Dalam kes berasingan, Din berkata polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 20 botol dadah dipercayai heroin bernilai RM40,000 dalam operasi yang dilakukan di Kota Bharu pukul 10 malam tadi.

Din berkata tangkapan dilakukan hasil maklumat awam selepas melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika cubaan menahannya dilakukan lelaki itu cuba melawan dan berlaku pergelutan. Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah dadah di dalam botol plastik lutsinar.

“Siasatan mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai 10 rekod jenayah. Polis juga percaya suspek sudah menjalankan kegiatan mengedar dadah ini sejak 2015,” katanya.

Beliau berkata polis dalam proses mendapatkan perintah reman ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: polissenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPBM Perlu Berpendirian Dalam Isu RUU 355

Next Post

Tiada Telco Terlibat Penjualan Data Pengguna – JSJK

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Tiada Telco Terlibat Penjualan Data Pengguna - JSJK

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd