• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Perlu Berpendirian Dalam Isu RUU 355

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sikap membisu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap usul Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu terus menimbulkan persoalan mengenai pendirian parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata tindakan ‘membungkam’ PPBM itu secara langsung membuktikan PPBM hanyalah alat dan perkakas DAP untuk mengurangkan sokongan orang Melayu khususnya terhadap Barisan Nasional.

“Kami musykil dengan pendirian PPBM yang terus menerus mengambil sikap berdiam dan berkecuali mengenai isu RUU 355 ini dan pada masa yang sama menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.

“Bagi kami, pendirian PPBM adalah penting kerana ia akan menggambarkan prinsip dan pendirian parti itu dalam arus perdana politik negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Shaiful Hazizy mengutuk sekeras-kerasnya beberapa anggota parlimen Melayu Islam yang bertindak menghalang pembentangan usul itu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan mereka ini jelas bermotifkan politik semata-mata dan sama sekali tidak peka dengan keperluan ummah dan agama,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahPemuda UMNORUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa...

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd