• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Tok Gajah Benam JDT, Kedah Berpesta Gol

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pahang meraih bekalan selesa untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas membenam juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Beraksi di hadapan 35,000 penyokong, skuad Tok Gajah membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi Ahmad Syamim Yahya, namun skuad Harimau Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi pemain pertahanan import dari Brazil, Marcos Antonio Elias Santos.

Bersambung separuh masa kedua, Pahang menambahkan jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Matheus Alves Leandro pada minit ke-48 dan pemain import dari Nigeria, Chinedu Bright Ezendu Dike pada minit ke-66.

Namun, kedudukan selesa itu mungkin berubah apabila Pahang berkunjung ke kubu kuat JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, untuk perlawanan timbal balik pada 23 April ini.

Sementara itu, juara tiga kali Piala FA, Kedah hampir pasti mara ke separuh akhir apabila berpesta gol membelasah pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, 6-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kedah membuka jaringan menerusi Mohd Fitri Omar pada minit ke-15, sebelum pemain PKNP FC, G. Mugenthirran menjaringkan gol sendiri pada minit ke-29.

Pemain import dari Denmark, Ken Ilso Larsen beraksi cemerlang apabila menjaringkan dua gol Kedah pada minit ke-47 dan 90.

Turut tersenarai sebagai penjaring bagi skuad Lang Merah ialah pemain import dari Serbia, Liridon Krasniqi (minit ke-45) dan Muhammad Syafiq Ahmad (minit ke-86), manakala gol saguhati PKNP FC dijaringkan Mohamad Khairul Asyraf Ramli pada minit ke-85.

Terdahulu, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan hampir 20 minit berikutan salah sebuah lampu limpah terpadam secara tiba-tiba pada minit ke-59.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juara dua kali Piala FA, Terengganu gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Sarawak.

Skuad Penyu bermula dengan baik apabila membuka jaringan menerusi pemain import dari Argentina, Federico Matias Faicone pada minit ke-20, namun pemain import Sarawak dari Korea Selatan, Jong Ho Lee menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Sementara itu, Sabah tewas 0-1 kepada juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, menerusi jaringan tunggal pemain import dari Montenegro, Marko Simic pada minit ke-26.

Aksi suku akhir kedua antara PKNP FC dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh; Sarawak berdepan Terengganu di Stadium Negeri Kuching; dan Negeri Sembilan menentang Sabah di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, akan berlangsung 21 April ini. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd