• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Selalu Turun Padang Jelas TN50 – Exco

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kesemua wakil rakyat dan ketua jabatan kerajaan di Terengganu perlu memperhebat aktiviti turun padang untuk menjelaskan aspirasi pelan induk Transformasi Nasional 2050 (TN50) kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata ia bagi memastikan dasar kerajaan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dapat difahami dan dihayati terus oleh rakyat.

Beliau berkata semua idea, harapan dan saranan daripada rakyat terutama golongan muda perlu diberi perhatian dan disimpan sebagai rujukan bagi membuat perancangan serta pembangunan yang lebih tepat kepada golongan sasar.

“Inilah keistimewaan TN50 kerana rakyat berpeluang menyuarakan pendapat dan kemahuan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Konvoi TN50 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil yang dihadiri lebih 150 anggota Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam tadi.

Ghazali berkata: “Melalui pendekatan turun padang TN50 ini, kita faham apa aspirasi rakyat dan tahu kehendak mereka. Jika mereka mahukan pertanian, laksanakan projek pertanian di tempat mereka. Jika mereka nelayan, laksanakan projek berkaitan industri akuakultur untuk mereka.

“Janganlah kita buat kilang elektronik pula. Sebab itu aktiviti turun padang perlu diperhebatkan lagi supaya lebih banyak input diperoleh kerajaan untuk merancang pelan tindakan yang perlu,” katanya.

Ghazali berkata semua cadangan yang dikemukakan dalam sesi soal jawab TN50 itu akan dimaklumkan kepada Unit Perancang Ekonomi agar mendapat perhatian jabatan dan agensi yang bertanggungjawab.

“Sudah pasti semua idea ini akan diperincikan oleh wakil rakyat masing-masing seterusnya akan direalisasikan mengikut keperluan dan kesesuaian masa, lokasi serta keupayaan kewangan,” katanya.

Antara topik yang dibangkitkan peserta program itu adalah pengangguran, pusat pendidikan, keusahawanan dan kebajikan rakyat di kawasan DUN Ajil serta persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tags: TN50wakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd